Program Wacana Utara Siri 1 2018

Jabatan Kajian Sosial IPGK Darulaman telah menganjurkan suatu Program Wacana Utara Siri 1 2018 pada 17/10/2018 (Rabu) bermula 9.00 pg-11.00 pg di Dewan Zaaba, IPGKDA. Program ini julung-julung kali dianjurkan oleh Unit Sejarah. Program ini dikendalikan oleh moderator Sdr. Ahamad Jama’Amin bin Yang, pensyarah akademik Unit Sejarah dan pembicaranya adalah Sdr. Mohd. Shazwan bin Mokhtar. pensyarah Pusat Dasar dan Govermans Global, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk yang dibincangkan ialah Historiografi Dasar Ekonomi Imperial British di Tanah Melayu 1895-1940.  Peserta-peserta terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Turut serta dalam program ini Pengarah IPGKDA, Datin Naaimah bt. Jaafar, Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan.