INTERNATIONAL FINE ART EDUCATION NETWORKING 2019

Jaringan antarabangsa Unit Pendidikan Seni Visual Jabatan Kajian Sosial, IPGKDA dan Universiti Thaksin, Songkhla Thailand telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 24-26 April 2019. Seramai 9 orang pensyarah pengiring, 15 orang pelajar major PSV Semester 6 ambilan Jun 2016 dan 11 orang pelajar Elektif Teras PSV ambilan Jun 2018 telah menyertai program tersebut. Objektif program ini adalah untuk perkongsian ilmu dalam Pendidikan Seni Visual dan sebagai penanda aras akademik dan frasarana. Selain daripada itu, program ini juga telah mengadakan lawatan ke Folklore Museum, Songkhla Thailand iaitu muzium kesenian rakyat Songkhla Thailand yang mengandungi pelbagai artifak sejarah dan kesenian.