Iftar Jabatan Kajian Sosial Kukuhkan Ukhwah

Jabatan Kajian Sosial telah mengadakan majlis berbuka puasa pada 15 Mei 2019 bertempat di Qimie Cafe Hutan Kampung Alor Setar. Dihadiri oleh Ketua Jabatan, Timbalan Ketua Jabatan, Ketua Unit, pensyarah dan ahli keluarga. Majlis ini bertujuan untuk mengekalkan ukhwah dalam kalangan keluarga JKS.

Program Cakna Sejarah


Program Cakna Sejarah merupakan program kolaboratif antara Unit Sejarah, JKS , IPGKDA dengan Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap. Program ini telah diadakan pada 8 Mei 2019 , melibatkan tiga orang pensyarah unit Sejarah iaitu Tuan Hj Hasim Saari, Dr Ismail bin Said dan Dr Azwan bin Ahmad. Pengisian program ini melibat slot tip-tip  memotivasikan pelajar kelas belakang atau gagal dalam mata pelajaran Sejarah oleh Dr Azwan Ahmad, Slot Pembelajaran Berpusatkan Pelajar:PAK 21 oleh Dr Ismail Said dan Refleksi oleh Tn Haji hasim Saari.