Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan PRISM 2019

Bertarikh 22-23 Julai 2019, Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan PRISM 2019 di IPG Kampus Darulaman telah berlangsung dengan sambutan yang sangat menggalakkan dan meriah. Dalam pertandingan inovasi ini, Jabatan Kajian Sosial telah memenangi 2 pingat emas bagi kategori pensyarah dan 2 pingat emas bagi kategori pelajar daripada Unit Sejarah.

Bengkel Aplikasi Rujukan APA Dalam Penulisan Kerja Kursus

Bengkel Aplikasi Rujukan APA  Dalam Penulisan Kerja Kursus bertarikh 24 Julai 2019. Masa 2.00 ptg hingga 5.00petang. Berempat di Bilik Seminar Jabatan Bimbingan dan Kaunseling. Penceramah ialah Dr Hj Ismail bin Said. Peserta yang terlibat adalah Mahasiswa Pendidik Pengkhususan Sejarah Penganjur daripada Unit Sejarah, JKS IPGKDA. Objektifnya adalah untuk mendedah Mahasiswa Pendidik Sejarah cara penulisan rujukan menggunakan sistem APA yang betul dan berkualiti