Laporan Lawatan Akademik ke Galeri Arkeologi Lenggong Perak

Seramai 46 orang pelajar PPISMP Sejarah 2 dan 4 ambilan Jun 2019 serta 5 orang pensyarah pengiring Unit Sejarah Jabatan Kajian Sosial telah melaksanakan lawatan akademik di Galeri Arkeologi Lenggong pada 23 September yang lalu.  Tujuan program ini adalah bagi memenuhi kluster 6 iaitu peningkatan kualiti pelajar.  Objektif program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada pelajar-pelajar Sejarah untuk mengetahui dan mempelajari tentang zaman prasejarah yang berlaku di sekitar Lenggong Perak. 

Selain itu,  aktiviti ini dapat me perkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan. 

Peserta bergambar kenangan di hadapan Galeri Arkeologi Daerah Lenggung