Jabatan Kajian Sosial (JKS) mengendalikan kursus berkaitan dengan kurikulum kursus Teras Pendidikan Sejarah Sekolah Rendah, Pengajian Sosial, Pendidikan Seni Visual, Reka Bentuk Teknologi, dan Pendidikan Muzik bagi Program Persediaan Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Bagi Elektif Terbuka, jabatan ini menawarkan Kursus Pendidikan Sejarah Sekolah Rendah, Rekabentuk Teknologi dan Pendidikan Seni Visual. Bagi kursus MPU dan Bidang Generik, kursus yang dikendalikan Unit Pegajian Sosial ialah Kursus Hubungan Etnik dan Cabaran dan Isu Semasa Dunia. JKS bermatlamat melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan dalam pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan bidang kurikulum yang dikendalikan. JKS bersedia ke arah transformasi kepimpinan dan organisasi, kualiti pensyarah, penyelidikan, persekitaran pembelajaran dan berhasrat membentuk warga pendidik yang boleh memenuhi keperluan pendidikan negara menerusi program pembangunan yang dinamik sejajar misi melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik.

Selamat maju jaya!

Terima kasih.

ROSTAM BIN ABD. RAHMAN
Ketua Jabatan
Jabatan Kajian Sosial
IPG Kampus Darulaman