Konsert Muzik Malaysia Anjuran Jabatan Kajian Sosial 2018

Jabatan Kajian Sosial IPG Kampus Darulaman telah menganjurkan Konsert Muzik Malaysia sebagai penilaian kerja kursus bagi kertas kod MUZK 3093 (Muzik Malaysia) dan MUZK 3233 (Asas Muzik 2) pada 16 April 2018, 8.30 malam bertempat di Dewan Besar IPG Kampus Darulaman.  Turut menyertai konsert ini ialah IPG Kampus Sultan Mizan, IPG Kampus Bainun, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Pendidikan Islam dan IPG Kampus Perlis.