1.0 Pengenalan

Jabatan Kajian Sosial (JKS) mengendalikan kursus berkaitan dengan kurikulum kursus Pengajian Sosial, Pendidikan Sejarah Sekolah Rendah, Pendidikan Seni Visual, Reka Bentuk Teknologi, dan Pendidikan Muzik bagi Program Persediaan Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pensiswazahan Guru(PPG). Matlamat JKS bertanggugjawab melahirkan guru yang berkualiti, berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan dalam pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan bidang kurikulum yang dikendalikan.

2.0 Objektif
2.1 Merancang, membimbing dan memantau pelajar melaksanakan kerja kursus, menjalani praktikum, aktiviti berpersatuan dan peperiksaan.
2.2 Menghasilkan bakal guru yang berpengetahuan, kreatif, inovatif, berpengalaman dan berkelayakan dalam mata pelajaran kelolaan Jabatan Kajian Sosial

2.3 Memupuk sikap dan nilai positif terhadap kepentingan dan keperluan hidup bersama yang harmonis di samping menerapkan nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kalangan peserta kursus dan guru pelatih.
2.4 Mengendalikan kursus berkaitan Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, Pengajian Sosial, Reka Bentuk Teknologi dan Sejarah yang dianjurkan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
2.5 Terlibat dalam pengendalian program-program hiasan pentas dan persembahan bagi majlis-majlis kendalian IPGM dan peringkat institut.

2.6 Perunding kepakaran Seni visual, landskap dan keceriaan institut kepada pihak pentadbiran.

2.7 Menguruskan kemudahan Makmal Komputer Pendidikan Seni Visual, Studio Seni, Bilik Muzik dan Bengkel Kemahiran Hidup.